Kek Coklat Kukus
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.
PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 231503
Comments (54)
written by ina97, April 25, 2009
nak cuba untuk jamuan anak, rasanya macam senang nak buat sebab tak pening kepala nak timbang2............... 
written by robinah, April 30, 2009
resepi ni senang saje,boleh dibakar dan boleh juga dikukus.sedap juga dimakan.

written by nurr, May 10, 2009
nak try buat.ritu ade member bagi resepi lain..tak jd ....
written by yun, May 16, 2009
written by atai, June 03, 2009
x pernah try lg.... my gel suka makn kek... klu tukar ke perisa lain still bleh kukus gak ke??
written by maimunah mat yatim, June 25, 2009
salam...sy punya resepi lain sikit, tp nak try yg ni lak..
janji simple...yg penting sedap...korang cubala wat.
gud luck
janji simple...yg penting sedap...korang cubala wat.
gud luck
written by dahliadahlan, June 28, 2009
.#.. kelmarin buat kek coklat kukus gak...sedap.
.#.. nanti nk buat yg ni pulaklah..kek cam ni senang je..
.#.. tak pening kepala nk sukat grem2..
.#.. kalau sapa2 yg malas...sajalah tuuuuu..
written by neyssa, July 01, 2009
tp....bape lame nak kukus ek? bese buat yg bakar jek dah bley agak.
kire2 bape lame kene kukus ek?
sesape tolong jawab kan ea...
kire2 bape lame kene kukus ek?
sesape tolong jawab kan ea...
written by Puan Aunzu, July 15, 2009
kukus sejam je. kalau nk lagi sodap, decorate ngan coklat masak, wat double boiling.. curah atas kek n tabur coklat rice.. yummy yummy!! ni my favor.. 
written by Puan Nana, July 20, 2009
Assalamualakium....
Nak kukus apa nak mcm mana yer?
Nak kukus apa nak mcm mana yer?
written by Puan Nana, July 20, 2009
Assalamualaikum....
Sori,api nak kecik atau mcm mana?
Sori,api nak kecik atau mcm mana?
written by Puan Nana, July 20, 2009
terima kasih Puan Aunzu....
kek ni kalau dibakar,sukatan bahan2 samakah?
kek ni kalau dibakar,sukatan bahan2 samakah?
written by Sheila, July 24, 2009
Nak lg senang beli je Tepung Kek Coklat Moist dari sy.HALAL tau semuanya dh siap cuma tambah 250gm marjerin/butter(yg sebuku cam jual kat kedai tu), 4 biji telur dan 3/4 cawan air ais.Bakar 45 minit/Kukus 1 jam. Dah siap...
Utk salut kek tu pun ada; cuma masak dengan 1 cawan air dan dah blh salut kek tadi & hias ikut kreativiti sendiri. Pendek kata kek birthday dah tak payah nak beli buat buat dengan murah dan tak payah ragu-ragu pembuatannya krn ianya HALAL.
Call/sms:013-349 2878
Utk salut kek tu pun ada; cuma masak dengan 1 cawan air dan dah blh salut kek tadi & hias ikut kreativiti sendiri. Pendek kata kek birthday dah tak payah nak beli buat buat dengan murah dan tak payah ragu-ragu pembuatannya krn ianya HALAL.
Call/sms:013-349 2878
written by amirul``, July 29, 2009
shazreen kalau nak chat pergi laa kat @15 kat astro tuu. astro saye kene potong sbb 2 laa saya chat kat cni..
written by rosha, August 04, 2009
Kek coklat mmg x menjemukan..bdk2 mmg suke...mmg sdp & ringkas..yummyy...

written by azzura, August 11, 2009
rasanya senang jer nak baut......simple sanagt nak baut.....kalau mcm tu blh lar baut

written by elin, August 15, 2009
lagi sodap kalu curahkan cooking coklat. anak2 makan lg beselera, tp awas mmg ler comot muka n baju
written by sayaygtaktau, August 19, 2009
KALO RESEPI NI NK BAKAR MASUK DLM MICROWAVE SUHU BRAPE DAN BRAPE LAMA?... KALO KUKUS MMG STILL NMPK BASAH.. KALO BAKAR BUKAN KE KEK TU KERING JER NNTI... KALO BOLE BG MASA DAN SUHU YG TEPAT...TAKDE LA JADI KEK KERAS KETUNG 
written by ida sppk, August 20, 2009
Alhamdulillah saya dah cuba buat kek ni mlm tadi untuk kek harijadi kawaan sekelas anak saya. Memang best!!!! Untuk yg baru nk cuba resepi ni kalau ikut tekak Ida, sukatan serbuk koko tu kurangkan dr 1cwn ke 3/4 cwn sudah memadai, anyway resepi ni mmg best. Selalu Ida wat kek cokelat guna resepi dari Jeff so kali ni saje try yg ni plk.... Thank you kepada penyumbangnya.
written by Nurul Syamila Sabri, August 25, 2009
waa..sedapnya..nmpk nya ida dah cuba buat ek..jdi tu..insyallah mmg btul la resepi ni..hehe..thanks pada pyumbg krn sudi berkongsi resepi kek yg sedap ni..
written by amani, August 27, 2009
x penah wat, makan je tau la...
,apa- apa pun nak try wat utk ari raya thn ni... mesti sedap kan?

written by Zarifa Zainal, September 12, 2009
dah cuba kurang manis dan sesuai untuk orang yang ada penyakit kencing manis. Satu perkara saya agak keliru semasa nak cairkan gula adakah ia perlu ditambah sedikit air kerana resipi tidak "moist" ada cadangan dari kawan-kawan yang pernah mencuba. Thanks.
written by Vee Zarra Azfar, September 23, 2009
Hi,
Selamat berkenalan utk semua.
Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia masakan,
sebelum malas n takde minat nak masak..
Hopefully, lepas ni bolehlah try resepi simple tapi sodap ni!
Selamat berkenalan utk semua.
Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia masakan,
sebelum malas n takde minat nak masak..
Hopefully, lepas ni bolehlah try resepi simple tapi sodap ni!
written by Kak Ina, September 25, 2009
Saya nak buat kek lapis Sarawak... Tapi x tahu...Macam mana nak buat ek??? Boleh tolong g resepi x???? Please Kak G....

written by princess adriana, October 08, 2009
mekum.., nak tanyer.. masa kite nak cairkan butter dan gula dan tepung kek coklat tue.. perlu letak air x..? klu xletak confirm hangus.... tQ. baru nak belajar buat..
written by faeez, November 10, 2009
Kek coklat ni memang sedap selalu buat pun sebelum dapat resepi kat sini. Guna koko murah pun x pe. Nak cantik lepas kukus dalam acuan kecil (macam cup kek) semasa masih panas tabur color rice lagi menarik. Menjadi kegemaran anak-anakku..
written by Noraizam Abd malek, February 17, 2010
camna nak bagi kek tu x merekah kat tengah ek...
written by yon, March 10, 2010
besanya kalu masukkan soda bikarbonat mmg kek akan merekah.xpe janji sodap...

written by Zuraida Othman, March 15, 2010
Dah cuba buat memang menjadi sangat-sangat dan anak-anak pun suka. Kawan pun minta resepi ni. Terima kasih kerana memberi resepi yang betul. Drpd Zu ND
written by aami_asmara sg, July 23, 2010
ini kek org dulu2.. org kampong slalu buat, tapi dia org pakai serbuk kopi ganti koko..
written by JUHANA, July 27, 2010
dah try...sedap...senang nk buat..resepi pun dh brtukr2x tangan..
Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.